Tuesday, August 13, 2024

Annuar Musa, kerajaan PAS dalang geran peneroka Kesedar lambat

Jika dahulu PAS memainkan naratif menentang Assobiyah, kini mereka pula yang mahu kelihatan lebih Melayu sambil melaungkan Islam terancam. Namun hakikatnya sebalik kerana Gua Musang dan daerah Hulu Kelantan merupakan contoh jelas naratif PAS hari ini hanya suatu kemunafiqan.  

Sejak 1964 hingga ke hari dan kini masih berterusan meleluas, ratusan ribu ekar tanah begitu mudah "jatuh" ke tangan syarikat-syarikat orang luar dan asing tetapi program penyerahan geran tanah kepada anak tempatan khususnya Kesedar begitu susah sekali diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri yang ditadbir PAS adalah kuasa penentu untuk geran-geran tanah ditukar nama kepada pemilik yang ditujukan. Hal ini diperakui sendiri oleh MB Kelantan, namun pihak kerajaan PAS hanya mempolitikkan. 

Bagi peneroka-peneroka program Kesedar, mereka hanya mahu urusan ini diselesaikan segera tanpa pelbagai alasan-alasan.

Sebaik saja Timbalan Perdana Menteri mengumumkan 7,000 ekar tanah Kesedar sudah dipecahkan lot dan akan diserahkan kepada 2,200 peneroka, mulalah pelbagai tomahan, fitnah dan tipu helah lahir.

Tujuannya untuk kaburkan mata rakyat yang dari tindak tanduk pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini enggan bekerjasama dalam program membasmi kemajuan yang dijalankan kerajaan Persekutuan. 

Setiausaha Agong PAS dan merupakan bekas exco kerajaan negeri Kelantan, Dato Takiyuddin Hasan menyedari kelambatan penukaran tanah berpunca dari proses pejabat tanah di bawah kerajaan. 

Memang kelazimannya untuk berbohong, lalu dia cuba mengalihkan isu dengan tomahan tanah pejabat Kesedar sendiri kepunyaan kerajaan negeri seolah-olah kerajaan negeri dianiaya dan menyalahkan kelambatan kepada Kesedar.

Pengerusi Kesedar, Encik Zawawi Othman segera membidas tomahan Takiyuddin tersebut malah bersedia menyamannya di mahkamah. 

Niat jahat Takiyudin itu akhirnya terserlah dengan kebiadaban memanggil tindakan tersebut sebagai pondan dan  hanya mahu hal itu dijawab di atas pentas politik

Demikianlah sikap pemimpin PAS yang hanya menjadikan masalaah rakyat sebagai mainan dan hiburan politik mereka.


Sebaik Zahid di dilihat bakal mendapat laba politik, barulah mereka sibuk hennak menyemak status tanah

Timbalan MB Kelantan, Datuk Dr Mohamaed Fadzil Hasan masih cuba mengalihkan perhatian dengan mengatakan sudah 85,000 ekar hakmilik tanah diuruskan kerajaan PAS sejak 1990. Konon-konon dia umum sudah lulus dan daftar 2,854 hal milik tanah Kesedar. 

Ia seolah-olah kelambatan itu salah Kesedar. Tiada ertinya disebut nama tanah bawah Kesedar. Selagi tidak pada nama peneroka ia tidak selesai. Halus sekali tipu helah PAS memutarbelit minda rakyat. 

Pendaftaran yang lepas itu tidak releven langsung. Ia hanya pengakuan kerajaan negeri bahwa 2,200 peneroka yang sedang menunggu penukaran nama tanah masih tidak selesai proses di pejabat tanah kelolaan kerajaan PAS negeri. 

Sudahlah begitu, Tan Sri Annuar Musa pula cuba menjadi 'hero' dengan mencadangkan tanah-tanah tersebut tidak lagi perlu dikelolakan oleh Kesedar yang dituduhnya gagal dan diserahkan terus kepada peneroka. 

Ini mengundang jawapan balas dari Zahid yang mendedahkan urusan-urusan Kesedar ini tergantung kerana Annuar Musa tidak menjalankan tanggungjawab. Sepatutnnya urusan-urusan ini diselesaikan ketika dia memegang jawatan Menteri Luar Bandar 30 tahun dahulu sepanjang tahun 1993 ke 1999.

Zahid turut menyalahkan Annuar Musa dalam menguruskan hal ehwal dan kebajikan orang-orang Asli. Semasa kempen, barulah Annuar Musa dan pemimpin PAS tunjuk muka dengan pakaian berjenama pulohan ribu hanya untuk menagih undi dengan cenderahati Maggi Mee dan biskut-biskut kering. 

Bila ditempelak di social media, Annuar Musa koyak dan tanpa ada rasa rendah hati mendabik dada berkata, "Ikut aku la pitih aku!" Adakah benar itu pitih hasil titik peluhnya untuk mampu memakai jam-jam berharga pulohan ribu ke ratus ribu ringgit se utas hingga selipar pun berharga RM4,650? 

No comments: