Monday, August 12, 2024

Ratusan ribu ekar tanah Gua Musang jatuh ke "orang asing"


Penyelewengan tanah oleh kerajaan PAS Kelantan khususnya di Gua Musang adalah sesuatu yang telah berlaku berdekad-dekad lamanya lebih dari 60 tahun dan masih terus berleluasa hingga ke hari ini.

Pada tahun 2012, blog pro-BN, Pisau.net mendedahkan kerajaan negeri memberikan tanah balak seluas 10,526 hektar di Gua Musang yang bernilai RM30 juta kepada sebuah syarikat kepunyaan pemimpin DAP, Datok Ngeh Koo Ham. Walaupun dinafikan ketika itu oleh Fadhli Shaari, pemberian tersebut rahsia umum sebagai imbuhan untuk DAP bersetuju menerima Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik  Menteri Besar Perak selepas pilihanraya umum 2008.

Sebaik mengambilalih pentadbiran Kelantan dari tahun 1990, timbul skandal Ladang Rakyat yang membabitkan tanah seluas 80,000 hektar. Berselindung disebalik program untuk membasmi kemiskinan untuk 4,000 penduduk di daerah Hulu Kelantan kawasan Gua Musang, tanah dipejak ke syarikat-syarikat luar yang mana menjadi habuan untuk pemimpin-pemimpin PAS. 

Ketika pertama kali memerintah Kelantan sepanjang tahun 1964 ke pertengahan 1975, blog Taiping Mali mendedahkan "Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura." Syarikat yang dimaksudkan didedahkan blog Bro Jinggo sebagai Timber & Mine Industrial Corporation. 

Kini timbul pula skandal-skandal tanah yang baru seperti berikut:   

Hampir 10 ribu ekar Ladang Sindiyan diberi kepada ‘orang luar’ bukti satu undi PN di Nenggiri bermakna tanah & rumah mewah bukan milik orang Gua Musang!

oleh protagoras

The Corporate Secret August 11, 2024

Isu tanah Gua Musang kembali lagi. Bukan satu yang luar biasa ribuan hektar tanah Gua Musang sudah diberi kepada syarikat bukan bumiputera dan Syarikat China. Kerajaan PAS Kelantan bukan ada sumber ekonomi melainkan tanah, balak dan perlombongan.


Pada 6 Ogos lalu, Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan Kelantan menjawab dakwaan kelulusan baharu penerokaan hutan seluas 33,000 ekar di sini kepada 54 syarikat dalam tempoh dua tahun dari 2022.

Bercakap pada sidang media, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri BN Mohd Syahbuddin Hashim berkata dakwaan itu bertentangan dengan dasar kerajaan diterajui PAS yang sebelum ini membekukan kelulusan baharu penerokaan hutan.

Beliau yang juga Adun Galas berkata bagaimanapun semakan mereka menerusi permohonan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar mengesan ada 54 kelulusan baharu diberi kerajaan negeri.

PAS Nafi tetapi mengaku 48 permohonan

Kelulusan diberi atas pelbagai tujuan seperti ladang hutan, pengayaan hutan dan lombong di Gua Musang yang kebanyakannya di kawasan Ulu Nenggiri dari 2022 hingga tahun ini,dakwanya yang juga ketua pembangkang DUN Kelantan.

Pendek kata rakyat tak dapat tanah tetap syarikat kroni dan dari luar mudah mendapat geran milik tanah terutamanya pemberian konsesi ‘secara senyap-senyap’ kepada syarikat bukan Bumiputera dari luar Kelantan yang belum cukup setahun diwujudkan.

“Apakah alasan sebenar membolehkan syarikat itu dapat projek ladang hutan ketika rakyat biasa terpaksa naik turn pejabat tanah untuk dapatkan sebidang tanah bagi kediaman.

Penduduk Nenggiri pula terpaksa menanggung kesan kemusnahan alam sekitar sejak 34 tahun lalu.

Beliau turut membidas kerajaan Kelantan kerana sering ‘menganaktirikan’ kebajikan rakyat Gua Musang termasuk membabitkan isu rumah mampu milik sedangkan kawasan itu dijadikan tempat mengutip hasil negeri.

Bukan 54 tetapi 48!

Sebelum itu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan Kerajaan Kelantan memberi tanah kepada orang luar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan yang bertanggungjawab memegang portfolio sumber asli menafikan dakwaan 54 kelulusan tanah tetapi hanya meluluskan sebanyak 48 permohonan penerokaan tanah hutan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.


Dakwaan itu tidak tepat namun beliau secara tidak langsung mengaku 48 permohonan tanah telah diberi kepada pelbagai pihak yang Kerajaan Negeri Kelantan syor luluskan di bawah proses Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

“Syarikat yang dipilih untuk mengendalikan projek itu cukup berwibawa dan mampu untuk melaksanakan.

“Kerajaan negeri memberi kelulusan itu kepada syarikat yang layak mengikut prosedur yang ditetapkan berkait penerokaan dan bukan boleh teroka secara haram,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim


Namun hakikatnya pembalakan haram tetap ada sebagaimana laporan media.

Baca juga pendedahan Husam Musa pemilik tunggal kontraktor balak berikut:
Pembalakkan di Kuala Krai libatkan 62,258 ekar kepada syarikat luar seperti berikut:

  


Kegiatan pembalakkan di Kelantan lama sudah mendapat perhatian dan pemantauan aktivis-aktivis alam sekitar.


Ladang Musang King terbesar!

Hakikatnya, setiap inci tanah di Gua Musang berkeluasan ribuan hektar diberi kepada syarikat bukan bumiputera dan berkait syarikat China.

Pada September 2023, kecoh mengenai dipaparkan dalam Malaysia Book of Records apabila tanah Melayu Gua Musang Kelantan hampir  10,000 ekar tanah dimonopoli Ladang Sindiyan dimiliki bukan bumputera. 

Syarikat perladangan Sindiyan dikuasai ahli perniagaan cina Che Chong Ha, Gan Boon Tian dan Chi Chun Hee. Sangat mudah. Hanya guna satu nama melayu ia-itu Dato’ Roshaimi bin Razak melalui Koperasi Sindiyan dan Sindiyan Sdn Bhd semuanya jadi milik melayu!


Walhal, semua ini hanya wayang dan hakikatnya, bukan bumiputera dengan JV China yang menguasai ladang Sindiyan.

Boleh diperolehi di SINI

Selain Sindiyan Sdn Bhd, Che Chong Ha menggunakan Sindiyan Plantation Sdn Bhd, Sindiyan Global Sdn Bhd dan Sindiyan Group Sdn Bhd. Pemegang Saham terbesarnya Harapan Bangga Sdn Bhd! 



Selama ini, PAS-PN bising mengenai tanah Selangor atau Parti DAP-Harbi yang kononnya menguasai negeri, tanah dan lain-lain, tetapi hakikatnya, PAS lagi teruk sehingga memberi kepada syarikat yang ada kaitan dengan negara China yang bukan sedikit tetapi terbesar direkod dalam Malaysia Book of Records!

Rumah mewah untuk orang luar

Lebih menyedihkan di bawah 8 pelan strategi pembangunan Syarikat Sindiyan Group, bukan hanya setakat Ladang Durian Musang King, Durian Eco Park tetapi Sindiyan Group bakal membina bangunan komersial dan membangunkan projek rumah mewah untuk golongan kaya, pelabur, warga asing kaya, pelancong dan pesara.


Siapa yang mampu beli? Pesara, ahli perniagaan kaya, warga Singapura dan China yang sekarang diiklan kepada warga China untuk mendapat Second Home MM2H.

Apa rakyat Gua Musang dapat? Boleh masuk kawasan ladang sesuka hati, boleh beli rumah mewah? Berapa ramai pekerja tempatan diambil? Dan bagaimana Orang Asli di Gua Musang boleh bebas seperti mereka lakukan sebelum ini.

Berkuasanya PAS di Gua Musang dan setiap undi mereka adalah untuk menarah tanah di Gua Musang.








No comments: